Ceritera Diri Mia...

My photo
kl n kelantan, Malaysia
Just a girl yang biasa2 je,xde ape yang luar biasa rasanya... Alhamdulillah tuhan bg cukup sifat,rupa... biasa2 jugak...anak bongsu dr 10 beradik...org ckp manja tp ntah la,xtau lak standard manja tu cmne...then interested in reading novel,eat n sleep..huhu,baik punya perangai...anak sapa ni??ish3...tu la...tp skang dh xleh wat sgt dh bnda2 tu...life xsemudah yg disangkakan...nk succed,kna la strugle dlu kan...xpe2..papepun kta enjoy...

Wednesday, 29 August 2012

Solat sunat slps IJAB QABUL


Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...

Friday, 20 July 2012

Ramadhan News...


InsyaAllah...inilah berita gembira sempena ramadhan 2012. But still hoping that this is true...InsyaAllah Ya Allah..Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Engkau tidak akan memberi dugaan di luar kemampuan hambaMu...

Semoga berita gembira ini tidak melalaikanku ya Allah...Jadikan aku insan yang sentiasa mengingatimu Ya Allah, insan yang tidak lalai dalam beribadat kepadamu...dan juga insan yang berjuang di jalanMu Ya Allah..yang tidak riak dengan anugerahMu Ya Allah...Yang sentiasa memberi maaf...dan yang bersih hatinya...

Semoga Ramadhan ini juga lebih baik dari yang sebelumnya Ya Allah...insyaAllah...semua yang telah berlaku...dan yang akan berlaku sememangnya dalam kiraan engkau Ya Allah...
Aminnnn...

Sunday, 15 April 2012

gregorian to hijri calendar



tetiba rase nk tau tarikh lahir sdiri dlm bulan islam so i had search for it....hehe...xde keje kan...tp bagus jugak tau ni...bleh ada 2 birthday...kan..kan..kan...

so back to da topic..i was born on Sept 28 on year of 1988....ditukarkan kepada hijri calendar...my birth date is 17th Safar 1409....(safar tu bulan kedua dlm bulan islam)...and based on this calendar it says that i was born on wednesday...and web kata kalu lahir hr rabu personalitinya ialah pendiam tp kalo dh bercakap memang unexpected word yg leh kuar, xde sikap sharig is caring sgt(menyibuk), baik hati, suka menolong dan banyak rezeki....

tp sebenarnye kita xleh percaya ramalan ni kan....sebab semua tu Allah dh tetapkan...

sekian....